Thursday 9 December 2010

Jaga Kamu Untuk Jaga Aku

Jaga Kamu Untuk Jaga Aku

"Don't let bananas fruit two times", kata-kata yang begitu memberi impak dalam hidup aku. Maknanya aku memang tak suka benda yang sama pernah terjadi pada aku berlaku lagi.

Kalau ianya sesuatu yang baik dan terindah, sepuluh kali pon aku tak kisah. Jadi aku memberikan sepenuh kepercayaan yang ada dalam diri aku hanya untuk kau. Aku percayakan kau.

Jangan biar orang lain mempengaruhi kau. Aku tak mahu kau kecewa dan terluka lagi. Aku ada untuk kau.
Pernah sekali kau lemas dengan dakapannya, lepas ni tak akan aku benarkan lagi. Bila kau terasa, aku pun terasa. Bila kau sedih, aku lagi sedih. Bila kau mahu aku menjaga diriku sendiri, aku lagi ingin menjaga kau.

Friday 12 November 2010

Cuak 2

CUAK 2

(Cermin untuk Aku dan Kau)

Terjahan kaki


masa= pantas berlalu
impian= makin terkubur
perasaan= gembira
pengisian diri= kosong
kepala=serabut
cuaca=hujan
cinta=ada
aku=kau=dia=mereka=tak tau apa yang terbuku di hati..
apa makna sebenarnya?

p/s: Mencari sesuatu yang sesuai, pemikiran tahap dewa sahaja yang dapat memahami.. Selamat berfikir..

Monday 8 November 2010

Terang-terang Jalan Itu Gelap

Terang-terang Jalan Itu Gelap

Bila kita memilih, pilih dengan bijak. Baru lah ada orang cakap kita bijak. Bukan aku nak bermadah berhelah, tapi aku nak selesaikan masalah.

Bila melangkah dalam hidup ni, aku dah pernah rasa macam-macam dugaan. Tapi, ada lagi yang lebih merasa perih dari aku ni. Jadi bila difikirkan balik kejadian yang pernah menimpa nasib sanubari aku dulu, rasa macam bodoh pulak. Ye lah, terang-terang jalan tu gelap.


Sunday 3 October 2010

Gagarella Model Management (Season 1)

sebuah projek penulisan novel terbaru dari Ammar Zahrol kata beliau "ok, aku dlm perancangan utk membuat novel yang berkisahkan sebuah model management company yg dianggotai pelbagai jenis org daripada latar belakang yg berbeza. i got th...e inspiration from Elite Model Management and also Gossip Girl".
Berikut adalah latar belakang Modelling Agency ni..


Friday 1 October 2010

Cara Budak Malas Buat Assignment

Cara Budak Malas Buat Assignment

Aku tak tau la kenapa sejak seminggu ni aku susah nak tido. Nak pejam mata pon susah. Tapi aku ni dah selalu dok termenung jer.. Aduyai! Kalo macam ni hari-hari macam rakun la mata aku ni. Nak kata ada masalah besar pon, aku rasa macam takde masalah.

Cuma mainan perasaan je kot? Aduyai! Tapi perasaan macam mana plak? Tu yang buat aku musykil kat diri sendiri tu.. haha!

Aku tau apa masalahnya, masalahnya... entah la, tak reti aku nak cakap. Panjang plak aku cerita kang semua boring plak nak baca.

Semester ni aku agak bercelaru sikit, banyak kerja sekolah yang aku buat last minute. Sesuatu yang aku jarang amalkan. Korang jangan buat macam aku. Sebab kerja last minute ni terok. Bila ada idea yang mencurah-curah korang kena cepat-cepat tulis kat kertas.

Monday 6 September 2010

Terang pelita

Terang Pelita

Malam menjadi ceria walaupun sinaran bulan semakin berkurangan kerana ada petanda datangnya anak bulan. Anak bulan Syawal yang dinanti-nantikan.

Telah menjadi suatu budaya oleh masyarakat Melayu untuk memasang panjut-panjut atau lebih dikenali sebagai pelita. Tradisi ini meriah. 7 hari sebelum datangnya Syawal (malam 7 likur), pelita-pelita ini dipasang. Malam ini juga menjadikan suasana di kampung tiada lagi sunyi-sepi di waktu malam.

Mercun berdentum tak henti sampai ke pagi, meriam buluh tak payah nak kira dah berapa das tembakan yang dilepaskan, buat letih je nak kira! Tapi yang senyum lebar: Tokey mercun ngan tokey getah. Sebab tokey mercun jual mercun, tokey getah jual kabait (untuk main meriam buluh).

Teringat zaman muda kanak-kanak dulu, "Paan, jangan main mercun! Nanti terbakar tangan!", lalu aku pun

Thursday 2 September 2010

Luar biasa

Luar Biasa

Pernah sekali-sekala kita berusaha untuk melakukan sesuatu. Dalam kita berusaha itu tindakan 'luar biasa' selalunya kita buat tanpa kita sendiri sedar. Sedarkah anda? ahha! Ceritanya begini.

Semua orang ada keinginan akan sesuatu, jadi kita akan memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya perbuatan memikirkan tentang apa yang kita mahukan adalah satu DOA. Perasan tak?

Dalam mencapai apa yang kita nak, sebenarnya kita telah membuat langkah pertama. Iaitu doa. Dalam memburu impian dalam Islam ada 3 langkah dan langkah-langkah ini perlu seiring dengan syariat.

Pertama, DOA.
Kedua, USAHA.
Ketiga , TAWAKAL.

Semua ini mestilah seiring dengan syariat, iaitu dengan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan

Tuesday 3 August 2010

Nasihat Menasihati

Beza menasihati dengan dinasihati

Bila kita nasihat orang memang bernas betul otak kita ni bagi nasihat. Tapi bila kita ada masalah yang melanda, kita pula tak boleh fikir apa yang nak buat. Kenapa?

Fikir punya fikir, baru la aku dapat tau apa yang terjadi. Rupa-rupanya, perasaan yang melanda tu yang mempengaruhi otak untuk berfikir. Maknanya?

Maknanya waktu orang ada masalah, punyalah kaw-kaw ko bagi idea macam mana nak selesai masalah orang tu. Idea yang keluar tu best-best plak kan. Kadang-kadang tahap keberkesanan nak dekat ngan 100%. Hebat? Memang hebat pon!

Kenapa hebat? Sebab masa ko bagi idea tu. Perasaan ko tak serabut. Yang serabut member ko tu la. Pasal

Friday 25 June 2010

Kira-kira jadi gila

 Masalah, masalah,masalah. Aduyai!

Masa aku tengah memikirkan sesuatu hari ini, aku dapat membuat kesimpulan yang sangat hebat, menurut dari pandangan dan pemikiran ahli fikir macam aku ni la.. Aku cakap je kesimpulan tu hebat tapi kalau orang lain dengar, mesti nak bantah gila-gila punya.

Kira-kira yang aku buat semuanya masuk akal. Cuma belum dibuktikan secara realiti je lagi. Tapi, dalam pandangan awal, atau pun hipotesis (*betul ke hipotesis?, kalau salah tolong betulkan..)  yang aku buat kebanyakannya sangat relevan, tapi semakin meleset apabila kajian sedang dijalankan.

Apa yang tengah aku kaji ni? huhu! Sebenarnya aku tengah mengkaji apa yang sebenarnya remaja-remaja

Sunday 20 June 2010

Saya sayang Ayah!

Saya sayang Ayah!










Saya sebenarnya tak berapa nak tau yang hari ni sebenarnya hari bapa, tapi disebabkan dah tau hasil

Apa yang susah sangat?

Apa yang susah sangat?

Walaupun aku telah merempuh pelbagai rintangan dalam kehidupan ini, ada lagi perkara yang aku tak boleh nak kawal. Sesuatu yang sepatutnya ada dalam kawalan aku tapi aku gagal. Aduyai! Apa nak jadi? Apa dah jadi? Kenapa nak jadi? Apa pasal terjadi? Ishh! Buat aku pening betul pasal kejadian yang terjadi ni. Semakin menjadi-jadi plak apa yang terjadi kat kepala otak aku yang sedang memikirkan kejadian yang terjadi ni. Aduyai!

Sebelum terjadi lagi perkara yang menjadi-jadi ni, lebih baik aku nasihat sikit kepada korang yang tengah

Friday 18 June 2010

Aku Mencari Cinta

Aku mencari cinta dengan teruk

Sebenarnya dah lama aku mencari-cari chenta sejati untuk diri aku ni. Sekarang ni macam dah jumpa. Tapi betul ke apa yang aku jumpa tu? Itu memang menjadi persoalan semua orang, bukan aku sorang je..

Banyak pengalaman bercinta yang dah aku alami. bagi aku, semuanya berbaloi. Tak ada yang rugi pun.  Dari orang yang pertama sampai lah orang ke berpuluh ratus. Macam-macam kerenah aku jumpa.

Tapi aku sayang diorang semua. Ye la, kalau bukan aku yang berkorban, diorang yang berkorban. Biasalah

Wednesday 9 June 2010

Give & Take


 Give and Take

...perasaan 'memberi' itu memang sesuatu yang rumit, kena ada give & take. Dunia adalah roda yang berputar, keseimbangan give=take perlu ada supaya kita sentiasa rasa dihargai dan orang lain tahu yang kita
menghargai.

Pilihan yang kita buat sebenarnya bukan bermakna kita sengaja menyakiti orang lain, tapi kita sebenarnya nak puaskan hati sendiri. Salah ke kita nak puaskan hati sendiri? Tidak.


Wednesday 2 June 2010

Hari-hari ceria di Youth'10

Youth'10 memang sesuatu yang sangat menarik, 3 hari aku belajar macam2... Dari mengurus, berinteraksi, tawar-menawar, speaking (*english), boleh cakap pelbagai kemahiran la...

Pengalaman ni memang takde kat tempat lain.. Sukarelawan pon semuanya terdiri dari remaja kita sendiri..
berteraskan slogan "From youths to youths" sebenarnya aktiviti di festival ni, diuruskan oleh remaja kita sendiri..

POWER TO THE YOUTH!
Inilah sesuatu yang perlu kita renungkan, golongan yang paling mempengaruhi dunia ni adalah golongan remaja.. Kalau semua remaja ni bersatu, macam-macam perkara boleh mereka buat.. Seorang Perdana Menteri pon boleh digulingkan..

Jadi, awas dengan remaja.. ! Kami ada suara!

Thursday 27 May 2010

Cuak 1

CUAK 1
(Cermin Untuk Aku & Kau)

Masa yang berlalu semakin buat aku dapat melupakan kisah lalu, terasa hebat sebab sekarang ni tak ada lagi apa-apa yang membelenggu otak aku. Gelap cahaya malam pun dah semakin terang. Terang cahaya siang pun dah semakin silau.

Maknanya? Guna otak untuk berfikir. Kegelapan yang suram, digantikan cahaya yang terang riang. Terang

Monday 24 May 2010

Terima kasih lieza

Terima kasih lieza

Terima kasih liza sebab bagi ni.. ahha! bestnye ada ramai kawan.. Korang nak kawan jugak? meh la ramai-ramai join youthsays.com nanti dapat la kawan baik macam lieza...hahahaha!

Saturday 22 May 2010

YouthSays answer highlight!


Choosen answer for today

QUESTION
Is it we need luck to become success?

ANSWER
huh!? i think yes,... because even we are fighting to success, we need luck also.. the luck that we are the best.. for example, when we fighting in a competition, we also have opponent to beat, we are lucky if meet a opponent that not strong as we are. Applied that, meaning- we need a chance if we want to success!

 from,
anynomous

Join Malaysian youthsays.com and you can give your own answer here.

Tuesday 18 May 2010

Jom tengok konsert

YOUTH'10 presents you 3 nights with 3 concerts with awesome performances:

SUKI LOW
Suki was the first winner of One in a Million competition at the age of 16, Malaysia's first ever reality singing competition.

AZLAN & THE TYPEWRITER
Led by Azlan, former frontman of meetUncleHussain led them to win the 'Best Song Award' at Anugerah Juara Lagu in 2008 and 'Best New Artist' at the 16th Anugerah Industri Muzik in 2009. Azlan & the Typewriter is currently holding the No.2 spot in Fly FM's top 10 Original Malaysian Music.

BITTERSWEET
Malaysia's Top Local Rock Indie Band. Bittersweet have been featured on MTV Asia and were the #2 Most Popular Band Polled by Indie Lovers since 2007.

LAPSAP
Malaysia's top DJ duo - DJ Goldfish and DJ Blink. Lapsap recently performed alongside Steve Aoki at UOX Play Finale, Heineken Green Room and more.


CAPRICE
At 22, Caprice is Malaysia's fastest rising urban youth icons, a rapper and an entrepreneur. Dj Ken Feat Caprice "In Love with Radio" is currently holding the No.1 spot on the Malaysian English Music Chart.

P/S: Special Performance by YUNA
YUNA who also performed at the Fly FM Campur Chart at YOUTH'09 will be coming back to YOUTH'10 again! Yuna was a huge winner at the recent prestigious Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010 awards, bagging four major honours - "Best Song", "Best Pop Song", "Best New Artiste" and "Best Local English Song".

Also will be performing: TILU, KAY, SHARPSHOOTER, JOANNE & CO, FRIENDZ


Monday 17 May 2010

Mari sertai Youth'10!


Aku ada sesuatu yang baik untuk dikongsi dengan korang.
Jom kita lepak PWTC Kuala Lumpur, 28-30 May 2010.

YOUTH'10- Festival belia terbesar di Malaysia. Apa yang ada di YOUTH'10? Mari kita saksikan.
Anda boleh dapatkan pass percuma untuk ke YOUTH'10. Anda hanya perlu daftarkan nombor telefon anda dan bawa nombor telefon anda ke sana.

Pass Percuma hanya terhad kepada 30,000 remaja yang berusia 15-35 tahun.

Sunday 16 May 2010

Selamat Hari Cikgu

"Selamat Hari Cikgu"

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar. Saya sangat menghargai jasa-jasa pengorbanan cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah yang telah mengajar saya.

Dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah menengah, sekolah menengah teknik dan sampai kat universiti ni saya berjaya semuanya adalah kerana guru-guru yang pernah mengajar saya. Mereka semua terdiri lebih kurang 143 orang cikgu/pensyarah yang pernah mengajar saya.

Cikgu yang paling saya sanjungi adalah bapa saya sendiri, En. Azman bin Mansor. Gambarnya tidak

Saturday 15 May 2010

Cuak

CUAK
(cermin untuk aku & kau)

Perasaan kau dan aku

aku + kau + dia = kita sengsara

(aku + kau) - dia = kita mungkin bahagia, dia apa aku peduli!

(dia + kau) - aku = aku sengsara, korang mungkin bahagia..

aku - (kau + dia) = aku memang bahagia, kau aku peduli apa!


Thursday 13 May 2010

Kenapa guna otak?

imformation/foto credit to: http://www.treehugger.com/
Gambar pembahagian cara pemikiran otak manusia. Sebelah kanan adalah untuk berangan-angan, berimaginasi, Sebelah kiri pula untuk menyimpan maklumat dan berfikiran logik.


Wednesday 12 May 2010

Otak Untuk Berfikir

"Selamat datang ke blog Paan Azman"



Pertama sekali aku ingin bagitau bahawasanya blog ni memang ada kena mengena dengan yang masih hidup dan kadang-kala ada yang telah mati pon terlibat gak. Blog ni tujuannya adalah amat serius. Sebab disini aku akan post macam-macam jenis penulisan yang telah difikirkan oleh otak aku. Sebab tu namanya OTAK