Monday, 6 September 2010

Terang pelita

Terang Pelita

Malam menjadi ceria walaupun sinaran bulan semakin berkurangan kerana ada petanda datangnya anak bulan. Anak bulan Syawal yang dinanti-nantikan.

Telah menjadi suatu budaya oleh masyarakat Melayu untuk memasang panjut-panjut atau lebih dikenali sebagai pelita. Tradisi ini meriah. 7 hari sebelum datangnya Syawal (malam 7 likur), pelita-pelita ini dipasang. Malam ini juga menjadikan suasana di kampung tiada lagi sunyi-sepi di waktu malam.

Mercun berdentum tak henti sampai ke pagi, meriam buluh tak payah nak kira dah berapa das tembakan yang dilepaskan, buat letih je nak kira! Tapi yang senyum lebar: Tokey mercun ngan tokey getah. Sebab tokey mercun jual mercun, tokey getah jual kabait (untuk main meriam buluh).

Teringat zaman muda kanak-kanak dulu, "Paan, jangan main mercun! Nanti terbakar tangan!", lalu aku pun

Thursday, 2 September 2010

Luar biasa

Luar Biasa

Pernah sekali-sekala kita berusaha untuk melakukan sesuatu. Dalam kita berusaha itu tindakan 'luar biasa' selalunya kita buat tanpa kita sendiri sedar. Sedarkah anda? ahha! Ceritanya begini.

Semua orang ada keinginan akan sesuatu, jadi kita akan memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya perbuatan memikirkan tentang apa yang kita mahukan adalah satu DOA. Perasan tak?

Dalam mencapai apa yang kita nak, sebenarnya kita telah membuat langkah pertama. Iaitu doa. Dalam memburu impian dalam Islam ada 3 langkah dan langkah-langkah ini perlu seiring dengan syariat.

Pertama, DOA.
Kedua, USAHA.
Ketiga , TAWAKAL.

Semua ini mestilah seiring dengan syariat, iaitu dengan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
Related Posts with Thumbnails