Tuesday 8 November 2011

Scoin- Rindu-rinduan Jadi Kenangan

Faham-faham je la lagu 90's ni... Rindu-rinduan jadi kenangan..
Kadang-kadang lirik boleh buat terlentuk derr...



Sunday 6 November 2011

Saturday 5 November 2011

Lestari- Mahligai Dari Air Mata

sedih membuta-tuli post-post aku ni..
korang yang melihat tu tengok-tengok la ek..



Friday 4 November 2011

Apit ft Appy- Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Lagu ni syahdu beb! aku tak tau la apsal lagu ni popular sangat..
 tapi memang best pon..huhu! Layan je la lagu ni yuk!



Thursday 3 November 2011

Loise Armstrong- Wonderful World

Lagu ni bakal menceriakan hari anda yang sedih2 tu.. huhu!
What a wonderfullll worrrllld!



Saturday 29 October 2011

Negeri Sembilan Mosti Monang

Hobin Jang Hobin!!! Biar sampai 7-0..hahaha!

Negeri Sembilan vs Terengganu
Stadium Shah Alam, Selangor
29 Oktober 2011




Friday 28 October 2011

Wednesday 26 October 2011

Nak ubah konsep blog

Aku rasa macam nak ubah la konsep blog aku ni.. jadi korang tunggu je la dalam bila2 masa aku ubah la nanti.. mungkin bukan otak untuk berfikir lagi.. Sekarang ni aku pon nak berfikir..huhu! so korang tunggu je la eh.. nak ubah konsep ngan nak ubah interface sekali.. ada orang cakap blog aku ni berat semacam.. huhu! *tunggu je la weyh!

Monday 24 October 2011

Puaskah- Wali Band

Sementara aku tgh berfikir ni, korang tengok-tengok je la dulu video-video yang ada ni..huhu!



Sunday 31 July 2011

Ayam Bakar

Kat Malaysia ni kalau cakap je pasal ayam, satu je perkataan yang boleh aku bagitau...
SEDAP! huhu!
Kat bawah ni la keadaan aku ngan kengkawan serumah memanggang ayam.
Tengok keceriaan kat wajah diorang ni..haha!
(dari kiri: Fatah, GD, Napie, John)

Saturday 15 January 2011

Tertipukah aku? III

Tertipukah aku? III

Tapi itu adalah dari hatiku sendiri...

Perlahan-lahan aku rasa dikhianati. Tapi, aku terus mempercayai kamu. Bodohnya aku!

Masalah silam kamu menjadi masalah aku dan kamu. Aku sedang membimbing kamu untuk keluar dan selesaikan masalah kamu. Aku mahu kamu pilih hidup kamu.

Tapi, kamu yang tak mahu. Kamu biarkan hidup lama kamu memanipulasi mempergunakan kamu. Tiada lagi ceria di muka kamu, tiada lagi aku terdengar tertawa dari kamu.

Itu yang buat aku kecewa luluh berderai, lebih bertubi-tubi dari apa yang dirasakan kamu. Hatiku lebih hancur, dari masa silam yang pernah menghancurkan hati kamu.

Friday 14 January 2011

Baik-baik sayang

Lagu hanya untuk kau dan aku...




p/s: Semua cuma tinggal kenangan.....

Thursday 13 January 2011

Tertipukah aku? II

Tertipukah aku? II

Tapi kamu telah lakukan sesuatu kepada aku...

Kita berjumpa, tapi tak pernah berjumpa.
Kita tak pernah berjumpa, tapi macam sudah selalu berjumpa.

Aku kenal kamu, kamu kenal aku.

Kamu bermadah sayang kepada aku, aku juga berbuat begitu.

Aku berkata tulus dari hatiku, dan aku tahu kamu juga berbuat begitu.

Itulah kepercayaan aku kepada kamu. Tapi, tertipukah aku?

Aku tak kisah jika tiada lagi perasaan ceria. Aku tak kisah jika aku terasa. Aku tak kisah kita tak pernah berjumpa selalu.

Tapi, aku sangat kisah supaya kamu dan aku, kita saling percaya.

Wednesday 12 January 2011

Tertipukah aku?

Tertipukah aku?

Sejak pertama kali aku mendengar suara kamu, aku dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkannya

Tapi aku menganggap itu adalah perasaan yang dicetuskan jauh dari sudut hati istimewa hanya untuk kamu. Selepas sejenak berfikir, aku rasa aku tau apa perasaan itu.

Pernah madah lama berkata 'tak kenal maka tak cinta', maka dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati aku, aku cuba mengenali mempelajari siapa itu kamu.

Aku tahu kamu gembira pabila dengan aku. Aku juga dapat rasakan begitu. Bila kamu ceria, riang-gembira, seronok, tertawa, perasaan aku lebih puas dari tu.

Jaga kamu untuk jaga aku, itulah perinsip aku untuk selalu memberikan yang terbaik untuk diri kamu dan seterusnya kepada diri aku sendiri.

Tuesday 11 January 2011

Cinta

Sesuatu yang menggambarkan perasaan aku kepadamu pada masa ini.





p/s: Kenapa perlu aku yang rasa begini?

Tak Seindah Malam Kelmarin





Layan lagu ni buat sementara waktu...

p/s: Tak tentu arah aku dibuatnya..aduyai!