Thursday 9 December 2010

Jaga Kamu Untuk Jaga Aku

Jaga Kamu Untuk Jaga Aku

"Don't let bananas fruit two times", kata-kata yang begitu memberi impak dalam hidup aku. Maknanya aku memang tak suka benda yang sama pernah terjadi pada aku berlaku lagi.

Kalau ianya sesuatu yang baik dan terindah, sepuluh kali pon aku tak kisah. Jadi aku memberikan sepenuh kepercayaan yang ada dalam diri aku hanya untuk kau. Aku percayakan kau.

Jangan biar orang lain mempengaruhi kau. Aku tak mahu kau kecewa dan terluka lagi. Aku ada untuk kau.
Pernah sekali kau lemas dengan dakapannya, lepas ni tak akan aku benarkan lagi. Bila kau terasa, aku pun terasa. Bila kau sedih, aku lagi sedih. Bila kau mahu aku menjaga diriku sendiri, aku lagi ingin menjaga kau.