Terang-terang Jalan Itu Gelap
Bila kita memilih, pilih dengan bijak. Baru lah ada orang cakap kita bijak. Bukan aku nak bermadah berhelah, tapi aku nak selesaikan masalah.
Bila melangkah dalam hidup ni, aku dah pernah rasa macam-macam dugaan. Tapi, ada lagi yang lebih merasa perih dari aku ni. Jadi bila difikirkan balik kejadian yang pernah menimpa nasib sanubari aku dulu, rasa macam bodoh pulak. Ye lah, terang-terang jalan tu gelap.
Kita kena ingat, ramai orang yang selalu mengambil kesempatan ke atas kelebihan kita. Jadi kita yang ada kelebihan ni, patut jadikan kelebihan tu untuk diri kita sendiri. Jangan terpedaya dengan janji manis sesiapa. Perangai orang ni lain, wangi di luar, busuk di dalam.
Sebenarnya dalam memilih "jalan" ni, kita kena la tengok "peta" yang ada. Kita ada objektif, kita tak tahu jalan. Jadi kita kena la perhatikan sekeliling dan berfikir sebelum buat keputusan.
Perhatikan risiko yang patut ditanggung, bayangkan anda mengalami risiko tu. Adakah risiko tu berbaloi dengan apa yang anda impikan? Anda yang tentukan sendiri..
p/s: Penulis masih ada banyak lagi perkara nak dikongsi, tapi rasanya dah cukup setakat ni untuk post yang ni..
No comments:
Post a Comment