Tuesday, 3 August 2010

Nasihat Menasihati

Beza menasihati dengan dinasihati

Bila kita nasihat orang memang bernas betul otak kita ni bagi nasihat. Tapi bila kita ada masalah yang melanda, kita pula tak boleh fikir apa yang nak buat. Kenapa?

Fikir punya fikir, baru la aku dapat tau apa yang terjadi. Rupa-rupanya, perasaan yang melanda tu yang mempengaruhi otak untuk berfikir. Maknanya?

Maknanya waktu orang ada masalah, punyalah kaw-kaw ko bagi idea macam mana nak selesai masalah orang tu. Idea yang keluar tu best-best plak kan. Kadang-kadang tahap keberkesanan nak dekat ngan 100%. Hebat? Memang hebat pon!

Kenapa hebat? Sebab masa ko bagi idea tu. Perasaan ko tak serabut. Yang serabut member ko tu la. Pasal
tu la ko jadi hebat. Aku pon perasan hebat jer masa bagi penyelesaian kat orang.

Tapi bila ko plak yang ada masalah?

Serabot! Baru ko tau tak yang ko tu tak waras.*haha!

Apsal ko tak keluarkan idea-idea bernas macam idea yang pernah ko nasihatkan kat kawan-kawan ko dulu tu? Tak boleh fikir? ahha!

Memang la otak ko dah serabut. Camne nak fikir kan? Jadi, cepat-cepat la ko cari orang yang masih waras untuk menyelesaikan masalah ko. Baru la otak ko boleh jadi waras balik.

Tu la bezanya, menasihati dan dinasihati.
Waktu kita tenang, kita boleh fikir baik-baik, waktu kita ada masalah kita serabut, fikiran pon kadang-kadang tak boleh pakai.

Kesimpulannya, perasaan mempengaruhi pemikiran. Jadi, tenangkan diri anda selalu dan buat la something yang boleh mengembirakan hati korang.


p/s: Nasihat aku kat korang, waktu korang happy, waktu korang senang hati, buat la macam-macam kerja skolah yang korang dah timbunkan tu. Comfirm boleh selesai.

Tapi, bila korang serabut, jangan plak korang tak buat kerja skolah plak. Merana plak bila dah sampai dateline nanti. ahha! ~*pernah terkena..

4 comments:

velasrizal said...

btol tu jgn smapai lupa wat keje skolah.. penting tu..

Jom Jalan-Jalan Di i-City

Paan Azman said...

hahaha! tau takpe... buat keje skolah tu jangan tak buat..haha!

Ryan Valentine said...

saya suka buat kerja skolah.. ingat time skolah dulu, belum sampai rumah.. keja skolah dah abis siap

Paan Azman said...

hahaha! rajen buat kerja sekolah ek? saya dulu sangat malas..huhu!
kena rotan baru la jadi rajen..ahha!

Related Posts with Thumbnails