Thursday 2 September 2010

Luar biasa

Luar Biasa

Pernah sekali-sekala kita berusaha untuk melakukan sesuatu. Dalam kita berusaha itu tindakan 'luar biasa' selalunya kita buat tanpa kita sendiri sedar. Sedarkah anda? ahha! Ceritanya begini.

Semua orang ada keinginan akan sesuatu, jadi kita akan memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya perbuatan memikirkan tentang apa yang kita mahukan adalah satu DOA. Perasan tak?

Dalam mencapai apa yang kita nak, sebenarnya kita telah membuat langkah pertama. Iaitu doa. Dalam memburu impian dalam Islam ada 3 langkah dan langkah-langkah ini perlu seiring dengan syariat.

Pertama, DOA.
Kedua, USAHA.
Ketiga , TAWAKAL.

Semua ini mestilah seiring dengan syariat, iaitu dengan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
Islam. Luar biasa? Belum lagi.

Otak dan akal kita ni macam dah ada program yang direka khas oleh Yang Maha Pencipta, kita boleh rasa kecewa, sedih, bila kita gagal dalam sesuatu. Tetapi bila kita gagal, di  situ pula ada sesuatu yang kita panggil sebagai HIKMAH. Sesuatu yang megubat hati manusia kerana ada perkara yang lebih baik menunggu kita. Menarik kan?

Kita telah berDOA, berUSAHA, dan kemudian kita berTAWAKAL dalam mengejar sesuatu impian, jadi bila kita dah dapat apa yang diimpikan jangan la lupa nak berSYUKUR kepada yang Maha berKuasa.

Yang Sangat Luar Biasa

Ada orang BARAT telah mengkaji satu fenomena yang hampir tidak dapat dibayangkan oleh otak manusia, ianya di panggil 'Law of Attraction atau pun 'The Secret of the Universe', orang BARAT ini telah memanipulasi orang Islam dengan menggunakan prinsip 'apa yang anda fikirkan, sebenarnya itu yang berlaku'. Keterangan yang lebih lanjut, google sendiri!

Orang BARAT telah membuka firma yang boleh mengajar orang lain berfikir secara positif, kemudian memasukkan unsur-unsur kefahaman KRISTIAN yang boleh menyesatkan orang lain. Jadi anda perlu berhati-hati. Kita ada cara Islam, kita gunakan cara Islam.

Apa yang menjadikan perkara ini sesuatu yang luar biasa adalah firma yang menjalankan program ini telah mengaut keuntungan sehingga berjuta-juta. Bermakna telah beribu-ribu orang telah ditukar cara mereka berfikir.'Mind set' yang baru telah diupload ke otak para peserta. sebenarnya Seminar tentang 'Law of Attraction' ini juga telah besar-besaran di lakukan di Malaysia. Anda perasan?

Orang yang menjalankan program ini di Malaysia juga adalah orang MELAYU, tapi diselitkan dengan unsur-unsur Islam yang telah diglobalisasi (Islam yang mengikut acuan BARAT).

Perkara ini sangat susah untuk dikenalpasti kerana 'brain-washing' pada permulaan program, membuatkan peserta terlalu memikirkan kepada kebendaan dan impian masing-masing. 'saya nak kereta besar!', 'saya nak bini 3 orang', 'saya nak hidup senang', itulah yang menjadi modal kepada penceramah program berbayar ni. Kemudian, apabila peserta nak memenuhi impian mereka, penceramah akan memberikan panduan yang berjela-jela yang sedikit pun tak mengikut syariat. Tak ada sesiapa pun perasan.

Orang Melayu memanipulasi orang Melayu. Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan!

Kesimpulannya, kita perlu tanya orang yang lebih arif tentang perkara ini. Membuat perubahan dalam hidup adalah tindakan yang digalakkan, tapi ujiannya adalah dalam bentuk pasif yang susah untuk kita sedari. Cuba fikirkan guna otak anda. Jika tak bertemu jawapan, cuba kaji sendiri.

P/S: Kita adalah diri kita, cara kita berfikir melambangkan siapa diri kita. Kita selalunya fikirkan kebendaan, kemewahan sehingga kita lupa sebenarnya kita mengejar keREDHAan yang Maha Berkuasa. Fikirkan Islam dulu, baru fikir yang lain.
 *sekian taskirah pada bulan Ramadhan ni.. huhu!

No comments: