Monday, 6 September 2010

Terang pelita

Terang Pelita

Malam menjadi ceria walaupun sinaran bulan semakin berkurangan kerana ada petanda datangnya anak bulan. Anak bulan Syawal yang dinanti-nantikan.

Telah menjadi suatu budaya oleh masyarakat Melayu untuk memasang panjut-panjut atau lebih dikenali sebagai pelita. Tradisi ini meriah. 7 hari sebelum datangnya Syawal (malam 7 likur), pelita-pelita ini dipasang. Malam ini juga menjadikan suasana di kampung tiada lagi sunyi-sepi di waktu malam.

Mercun berdentum tak henti sampai ke pagi, meriam buluh tak payah nak kira dah berapa das tembakan yang dilepaskan, buat letih je nak kira! Tapi yang senyum lebar: Tokey mercun ngan tokey getah. Sebab tokey mercun jual mercun, tokey getah jual kabait (untuk main meriam buluh).

Teringat zaman muda kanak-kanak dulu, "Paan, jangan main mercun! Nanti terbakar tangan!", lalu aku pun
menjawab, " ..mane ade orang main mercun, orang main meriam buluh jer..", lepas seketika kemudian, "Zzass!", buluh lemang hinggap kat badan. Adoi! Sakit lagi kena buluh lemang kat badan dari terkena mercun kat jari. Haha!

Dikampung-kampung pelita dipasang kat keliling kawasan yang memagari rumah, lagi luas kawasan rumah tu lagi letih tuan rumah nak pasang pelita. Sebab kenapa? Sebab banyak sangat pelita nak dipasang. Huhu! Tapi raya punya pasal, minyak tanah tu sanggup beli sampai 5 gelen sehari. Seronok kan beraya dikampung? Ahha! tolonglah jeles!

Di kawasan bandar pulak, orang kita selalunya pasang lampu  kelip-kelip yang berwarna-warni menampakkan ceria Syawal kian menjelma. Maklumlah, minyk tanah susah sikit nak dapat kat bandar-bandar ni permintaan kurang. Jenis rumah-rumah kat bandar plak rapat-rapat. Nak pasang pelita takot plak la terbakar rumah jiran sebelah. Buat naya jiran-jiran jer.

Yang duduk kat kondo ngan rumah flat tu lagi la kesian.. Tak boleh langsung nak pasang pelita. Ahha! Nasib baik la ada jugak yang cipta lampu kelip-kelip tu. Kalo tak, tak raya la korang. Huhu!

Terang pelita yang nak diceritakan disini bukanlah kepada pelita-pelita yang ada tu. tapi sebenarnya aku nak cerita tentang. Betapa meriahnya jika apa-apa yang kita lakukan, kita lakukan bersama.

Maksud sebenar aku disini, kita ada keluarga, luangkanlah masa dengan keluarga kita. Bila dah balik kampung ni, korang salam la pelok ciom mak ayah tu. Salam adik-adik, abang-abang, akak-akak dan kalo boleh salam la sekali jiran-jiran anda yang terdekat  tu (ni ada makna tersirat ni). ahha!

Hargai orang sekeliling anda, antara cahaya pelita yang terang dan boleh menceriakan kita adalah orang sekeliling kita, saudara-mara kita. Tak mau la gaduh-gaduh. Ingat yang terindah, ulang semula perkara terindah tu. Jangan dikenang peristiwa pahit.

Itulah saja ucapan Pra-Hari Raya dari aku. Ahha!

p/s: Kepada adik-adik, hati-hati main mercun, tapi kalo dah sakit terkena mercun tu. Tolonglah "control macho" tak mau nangis tau! huhu!

*~jadi macam abang ni ha..

Kepada para gadis: Ada tak sesiapa yang sudi jadi pelita hati ini? Aduyai....(~huhu!)

No comments: