Friday, 1 October 2010

Cara Budak Malas Buat Assignment

Cara Budak Malas Buat Assignment

Aku tak tau la kenapa sejak seminggu ni aku susah nak tido. Nak pejam mata pon susah. Tapi aku ni dah selalu dok termenung jer.. Aduyai! Kalo macam ni hari-hari macam rakun la mata aku ni. Nak kata ada masalah besar pon, aku rasa macam takde masalah.

Cuma mainan perasaan je kot? Aduyai! Tapi perasaan macam mana plak? Tu yang buat aku musykil kat diri sendiri tu.. haha!

Aku tau apa masalahnya, masalahnya... entah la, tak reti aku nak cakap. Panjang plak aku cerita kang semua boring plak nak baca.

Semester ni aku agak bercelaru sikit, banyak kerja sekolah yang aku buat last minute. Sesuatu yang aku jarang amalkan. Korang jangan buat macam aku. Sebab kerja last minute ni terok. Bila ada idea yang mencurah-curah korang kena cepat-cepat tulis kat kertas.



Aku nak kongsi sikit cara aku buat assignment secara bijak, walaupun kita ni seorang yang malas.

1. Bila kita dapat kerja sekolah/assignment, kita kena fahamkan apa yang sebenarnya kehendak assignment tu.

2.Bila kita dah tau apa assignment tu nak, kita kena la cari bahan-bahan rujukan yang berkaitan.

3. Bahan-bahan rujukan yang kita dapat tadi tak kisah la dapat bentuk 'internet source' atau pon buku. Rujukan tu plak, korang kena la study. Tapi korang malas kan?

4. Kalo dah malas tu, korang baca je la bahan rujukan tu sekali lalu. Ambik pensel atau pen, korang tandakan jer mana yang korang rasa boleh dijadikan isi-isi untuk assignment korang.

 5. Bila korang dah tanda. Korang simpan la elok-elok rujukan korang tu.

6. Bila korang tetiba je rasa rajin, atau pon dateline dah dekat, korang boleh la bukak bahan rujukan korang tu. Pastu buat la assignment korang.

7. Tapi kalo korang ada masalah nak buat assignment tu, korang kena la jumpa orang yang super-duper hebat untuk membantu korang. Contoh: lecturer korang la. 

Cara-cara buat assignment ni aku panggil  'sediakan payung sebelom hujan' sebab bila kita dah cari bahan-bahan untuk rujukan.. sudah semestinya kita tak kalot bila nak buat assignment nanti. Sebab semua bahan dah ada, yang tinggal cuma analysis dah olah balik jer..

Maknenye korang kena jadi rajin dulu, pastu korang nak jadi malas tu lantak korang la.. aku pakai cara ni sebab aku malas nak cari bahan last minute, takot entah pape bahan la yang aku pakai untuk buat assignment ni nanti. Jadi, bila dah ada bahan baru la boleh buat kerja. Tak kisah la korang nak buat bila pon. huhu!

p/s: *~sesungguhnya buat kerja awal-awal lagi selamat dari buat last minute<====bukan aku yang cakap..huhu!

No comments:

Related Posts with Thumbnails