Friday, 18 June 2010

Aku Mencari Cinta

Aku mencari cinta dengan teruk

Sebenarnya dah lama aku mencari-cari chenta sejati untuk diri aku ni. Sekarang ni macam dah jumpa. Tapi betul ke apa yang aku jumpa tu? Itu memang menjadi persoalan semua orang, bukan aku sorang je..

Banyak pengalaman bercinta yang dah aku alami. bagi aku, semuanya berbaloi. Tak ada yang rugi pun.  Dari orang yang pertama sampai lah orang ke berpuluh ratus. Macam-macam kerenah aku jumpa.

Tapi aku sayang diorang semua. Ye la, kalau bukan aku yang berkorban, diorang yang berkorban. Biasalah
hidup bercinta, ada 'give and take' benda yang kita kongsi sama-sama, cuma kita berdua je yang tau. Kadang-kadang je ada orang menyibuk. Lumrah la tu kan?

Jadi dalam proses aku mencari cinta ni, (*proses masih berjalan) macam-macam la yang terjadi kat aku. Ada yang yang buat aku kena belasah teruk, ada yang buat isi poket aku teruk, ada banyak jugak lah yang teruk-teruk tu.

Tapi yang paling teruk, adalah bila aku tengah teruk-teruk 'dia' pun layan aku dengan teruk. Makin teruk la perasaan aku yang dah sedia teruk tu, maka keputusan teruk dan bahasa yang teruk-teruk pun aku keluarkan dari mulut aku ni. Kemudian, keadaan pun jadi bertambah teruk.

Dengan perasaan yang remuk lagi teruk, bergaduh la kami dengan teruk. Susah kan berchenta kalu masing-masing berperangai teruk? Aduyai! Aku mengaku kadang-kadang aku la yang paling teruk. Tapi teruk-teruk aku pun tak ada la teruk sangat kan? Teruk ke aku ni?

 Di sini aku nak kongsi betapa teruknya nak mencari cinta yang teruk untuk dicari ini. Lawat website diatas ni sebab ada berbagai-bagai pengalaman yang teruk yang dijalani oleh seorang insan bernama Ronnie untuk mencari cinta teruk (lebih kurang aku la tu!). Sangat best cerita Ronnie yang teruk ni sebab semuanya dalam bentuk 'interactive film'. Kalau anda buat pilihan yang teruk maka makin teruk la cinta Ronnie. Cubalah! tak teruk pun..

Semoga hari anda tak teruk seteruk hari aku yang teruk-teruk. Ingat best ke kalau hari-hari indah kita jadi teruk? Serius la tak best teruk teruk ni. Aduyai!


 p/s:  Apsal la teruk sangat aku tulis teruk-teruk ni? Orang teruk-teruk pun tak tulis teruk macam ni. Aduyai! Teruk... Teruk... Penyakit teruk dah datang. Teruk lah kalo macam ni!

2 comments:

FyZa said...

bapa bnyk teruk neh..hoho..besala 2..kdg2 Allah bg kita kenal org yg silap dlu sblm kita jmpa yg btul2.so terima suma 2 sbgai 1 pnglamn..;)

paan.azman said...

huhu! betol tu FyZa.. tak syok la, kalo tetiba jer jumpa orang yang kita sayang.. tak mencabar.. huhu!

bila tak mencabar, maka kita tak menghargai..betol tak? ahha!

Related Posts with Thumbnails