Thursday, 13 January 2011

Tertipukah aku? II

Tertipukah aku? II

Tapi kamu telah lakukan sesuatu kepada aku...

Kita berjumpa, tapi tak pernah berjumpa.
Kita tak pernah berjumpa, tapi macam sudah selalu berjumpa.

Aku kenal kamu, kamu kenal aku.

Kamu bermadah sayang kepada aku, aku juga berbuat begitu.

Aku berkata tulus dari hatiku, dan aku tahu kamu juga berbuat begitu.

Itulah kepercayaan aku kepada kamu. Tapi, tertipukah aku?

Aku tak kisah jika tiada lagi perasaan ceria. Aku tak kisah jika aku terasa. Aku tak kisah kita tak pernah berjumpa selalu.

Tapi, aku sangat kisah supaya kamu dan aku, kita saling percaya.



Pernah aku kata bahawa aku mempercayai kamu. Aku memang telah mempercayai kamu sejak dulu lagi.

Pernah aku kata, aku akan selalu menjaga kamu. Sejak saat itu aku selalu risaukan kamu.

Pernah aku kata, aku sentiasa ada untuk kamu. Kata-kata itu pun aku pegang hanya untuk kamu.

Terakhir sekali, pernah aku kata, aku sangat menyayangi kamu. Perkataan 'sayang' itulah melambangkan jiwa raga aku hanya untuk kamu.

Maafkan aku kerana kata-kata aku menunjukkan betapa taksubnya aku dengan hubungan 'kamu dan aku'.

Tapi, itu adalah dari hatiku dan diriku yang dungu...

***
p/s: Tak abis lagi jiwang aku ni... korang layan je la ek..huhu! [*ingat! ni coretan serius sebenarnya nih..)

No comments: