Tertipukah aku? III
Tapi itu adalah dari hatiku sendiri...
Perlahan-lahan aku rasa dikhianati. Tapi, aku terus mempercayai kamu. Bodohnya aku!
Masalah silam kamu menjadi masalah aku dan kamu. Aku sedang membimbing kamu untuk keluar dan selesaikan masalah kamu. Aku mahu kamu pilih hidup kamu.
Tapi, kamu yang tak mahu. Kamu biarkan hidup lama kamu memanipulasi mempergunakan kamu. Tiada lagi ceria di muka kamu, tiada lagi aku terdengar tertawa dari kamu.
Itu yang buat aku kecewa luluh berderai, lebih bertubi-tubi dari apa yang dirasakan kamu. Hatiku lebih hancur, dari masa silam yang pernah menghancurkan hati kamu.
Maafkan aku, jika aku tak dapat membimbing kamu. Tapi, aku sentiasa ada untuk kamu, dan aku buka seluruh hidup aku, sepanjang hidup aku sedikit ruang hanya untuk kamu.
Aku mahu kamu hidup dengan cara yang bermaruah, cara aku ajar kamu. Tolonglah, sepanjang hidup kamu, ingatlah pesan-pesan aku.
Aku faham kamu lari jauh dari masalah kamu. Tapi, itu tak menyelesaikan apa-apa. Aku ajar kamu berdepan dengan masalah kamu.
Biar kamu kuat, berani, seperti mana kamu berani buat kerana aku yang meminta kamu. Bukalah hati kamu.
Tertipukah aku dengan tingkah laku dan permainan kamu?
Itu aku dah tak peduli lagi. Biarlah aku terus ditipu kamu jika itu yang kamu mahu.
Aku tetap percaya bahawa ada lagi kejujuran dari hati kamu..
***
p/s: Harap kepada 'beliau' yang berkenaan dapat la faham pesanan yang aku sampaikan ni... termasok la korang yang tengah kusyuk membaca tu...huhu!
No comments:
Post a Comment