Tertipukah aku?
Sejak pertama kali aku mendengar suara kamu, aku dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkannya
Tapi aku menganggap itu adalah perasaan yang dicetuskan jauh dari sudut hati istimewa hanya untuk kamu. Selepas sejenak berfikir, aku rasa aku tau apa perasaan itu.
Pernah madah lama berkata 'tak kenal maka tak cinta', maka dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati aku, aku cuba mengenali mempelajari siapa itu kamu.
Aku tahu kamu gembira pabila dengan aku. Aku juga dapat rasakan begitu. Bila kamu ceria, riang-gembira, seronok, tertawa, perasaan aku lebih puas dari tu.
Jaga kamu untuk jaga aku, itulah perinsip aku untuk selalu memberikan yang terbaik untuk diri kamu dan seterusnya kepada diri aku sendiri.
Setiap malam sebelum memejamkan mata, aku akan selalu berpesan, mendoakan kegembiraan dan keceriaan kamu. Aku selalu berharap agar kamu mendapat mimpi yang indah-indah dalam tidur kamu.
Biarlah mimpi kamu lagi indah dari aku, biar kamu tidur lagi lena dari aku. Kebahagian kamu sudah menjadi keutamaan bagi diri aku.
Usaha aku untuk terus hidup, adalah kerana kamu. Sabar aku juga adalah kerana kamu. Semua yang aku buat adalah ber'orientasi'kan kamu.
Tapi kamu telah lakukan sesuatu kepada aku....
***
p/s: Hati remuk! Formula kebahagian semuanya dah tak berguna lagi...!
No comments:
Post a Comment