Thursday, 13 May 2010

Kenapa guna otak?

imformation/foto credit to: http://www.treehugger.com/
Gambar pembahagian cara pemikiran otak manusia. Sebelah kanan adalah untuk berangan-angan, berimaginasi, Sebelah kiri pula untuk menyimpan maklumat dan berfikiran logik.


Tapi sebenarnya aku bukan nak bincang pasal otak pun kat sini, aku cuma nak cakap sikit macam mana manusia boleh jadi istimewa bila ada otak atau akal.

Manusia ni hebat. Sebab ada banyak unsur dalam satu jasad. Kita ada emosi, rohani dan jasmani. Tapi manusia ni boleh jadi macam-macam perangai sebab nilai atau kualiti unsur ini berbeza-beza antara satu sama lain.

Orang boleh jadi terlalu baik, terlalu jahat, terlalu berperasaan, terlalu ikutkan hati, ada yang terlalu berhati-hati dan macam-macam lagi la orang boleh jadi adalah disebabkan perbezaan yang dinyatakan tadi.

Itu sebabnya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai seorang manusia kita perlu menilai dan muhasabah diri sendiri tentang apa yang kurang dekat dalam diri. Aku ni pun selalu jugak buat, tapi ada jugak yang kurang. Tak pernah la nak cukup. Aduyai!

Jadi, semua orang kena la tabah! Jangan patah hati! Dah kita ni tak cukup kualiti dalam diri, jadi cuba la kita perbaiki. Tapi jangan jadi semakin teruk. Jangan jadi orang yang teruk dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan semata-mata nak kawal emosi nak puaskan nafsu.

Ada banyak cara lagi untuk atasi masalah. Tak kisah la apa pun masalah. Yang penting kalau nak selesaikan masalah, jangan sekali-kali guna hati. Sebab orang dulu-dulu pernah kata "ikut hati mati". Jadi berfikiran la jauh sikit bila nak buat apa-apa pun.

Kita ada anugerah, gunakanlah! Itulah istimewanya manusia, kita sebenarnya ada macam-macam pilihan bila berhadapan dengan sesuatu. Jadi untuk memilih kita kena pakai OTAK.

 Makanan Thai, foto credit to: http://www.foodmayhem.com/

Contoh: Kita sedang memilih makanan. Yang nak dipilih, mestilah yang sedap-sedap. Tapi semuanya ada risiko. Ada yang sedap tapi mudarat. Ada yang tak sedap tapi baik untuk kesihatan. Dan ada macam-macam  jenis makanan lagi. Jadi, kita kena pakai otak untuk pilih yang terbaik. Ada orang fikir jauh, ada orang fikir pendek. Apa pun ikutlah cara orang tu berfikir.

Baik atau buruk pilihan ditangan sendiri. Istimewakan manusia yang ber-otak....
Sampai sini je la aku nak cakap pasal manusia. Sebab cermin balik pon kena kat aku gak. Biasala hidup....

No comments: