Sunday, 16 May 2010

Selamat Hari Cikgu

"Selamat Hari Cikgu"

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar. Saya sangat menghargai jasa-jasa pengorbanan cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah yang telah mengajar saya.

Dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah menengah, sekolah menengah teknik dan sampai kat universiti ni saya berjaya semuanya adalah kerana guru-guru yang pernah mengajar saya. Mereka semua terdiri lebih kurang 143 orang cikgu/pensyarah yang pernah mengajar saya.

Cikgu yang paling saya sanjungi adalah bapa saya sendiri, En. Azman bin Mansor. Gambarnya tidak
disiarkan disini. Mendidik di sekolah, dan mendidik anak-anak dirumah adalah sangat berbeza cara didikannya. Tahniah kepada ayahanda, kerana menjadi guru kepada saya selama ini dan tugas ini sentiasa berpanjangan (sebab anak-anak murid dia ramai sangat... huhu!).

Itu saje ucapan hari guru daripada saya, semoga semua tenaga pengajar dapat terus berusaha mendidik anak-anak hingga menjadi orang berguna. Tak kira la kalo anda ni cikgu tuisyen ke... cikgu ganti ke.. cikgu sekolah memandu ke.. bakal cikgu yang tengah belajar lagi ke.. cikgu silat ke... asalkan korang tu cikgu..

Pantun lama untuk dijadikan pedoman.....

Kurik Kundi Merah Saga

Budak-budak baik mengaji,
Lagi alim lagi terpuji;
Cukup bekal naik haji,
Supaya dapat syafaat nabi.

Berburu tidak mengejar pun tidak,
Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
Sesat tak tahu cara Islam.

Keris kecil menikam ular,
Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
Sudah besar tertanya-tanya.

Nyiur manis baru gugur,
Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
Menyesal di dunia tidak belajar.

Asalnya kandis buah gelugur,
Masak sebiji di pintu pagar;
Duduk menangis di pintu kubur,
Terkenang di dunia tidak belajar.

Cuka-cuka beli di bandar,
Simpan makan dalam perahu;
Suka-suka mahu belajar,
Tidak belajar mana tahu.

Ikat pagar orang berempat,
Ikan sepat dalam padi;
Kehendak belajar kalau dapat,
Alangkah suka dalam hati.

Dari satu sampai seribu,
Budak-budak belajar membilang;
Turun ribut petir pun tumpu,
Tentu jua nyawa kau hilang.

Pergi sekolah berulang-ulang,
Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
Lain yang bengkak lain yang menanah.

Tetak buluh di tepi sangkak,
Buah pinang atas pagar;
Minta maaf adik kakak,
Permainan saya baru belajar.

Bua cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sayang berderak pandai berguru,
Sayang selasih terbuang layu;
Mujur saya baru berguru,
Kalau tidak terbuang lalu.

Bibliografi : Kurik Kundi Merah Saga (Kumpulan Pantun Lisan Melayu): DBP (KL), 2005

Saya ucapkan Selamat Hari Cikgu..

No comments: