Friday 25 June 2010

Kira-kira jadi gila

 Masalah, masalah,masalah. Aduyai!

Masa aku tengah memikirkan sesuatu hari ini, aku dapat membuat kesimpulan yang sangat hebat, menurut dari pandangan dan pemikiran ahli fikir macam aku ni la.. Aku cakap je kesimpulan tu hebat tapi kalau orang lain dengar, mesti nak bantah gila-gila punya.

Kira-kira yang aku buat semuanya masuk akal. Cuma belum dibuktikan secara realiti je lagi. Tapi, dalam pandangan awal, atau pun hipotesis (*betul ke hipotesis?, kalau salah tolong betulkan..)  yang aku buat kebanyakannya sangat relevan, tapi semakin meleset apabila kajian sedang dijalankan.

Apa yang tengah aku kaji ni? huhu! Sebenarnya aku tengah mengkaji apa yang sebenarnya remaja-remaja
kita ni dahulukan dalam hidup mereka. Pada kesimpulan awal aku, aku berpendapat remaja suka memikirkan tentang perhubungan berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Tapi makin lama, makin meleset plak pemikiran aku ni.

Korang boleh tengok sendiri keputusan semasa bagi kajian aku ni. (sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas atau klik disini untuk ke website survey.)
 *survey masih dalam proses.(sedang dijalankan)

Apa maknanya semua ni? ahha! Maknanya remaja suka memikirkan masalah kewangan.. huhu! SUKA memikirkan atau TERPAKSA memikirkan?  Untuk soalan ni, kena la buat kajian yang lain.

Rasanya masalah kewangan yang dihadapi remaja ni ada betulnya, biasa la tu kot.. Bagi remaja yang bekerja atau yang dah berumah tangga, mungkin terasa beban yang ditanggung ni. Rezeki betul dapat kawen awal! (*jeles)
Bagi masalah belajar pula rasanya bagi remaja-remaja yang sedang struggle dalam pelajaran. Golongan ni mesti banyak memikirkan masa depan. (*ahha!  macam aku la tu..)

Tapi itu lah pandangan saya. Apa pandangan ANDA?

Anda boleh buat kajian macam yang saya buat jugak kat dalam website youthsays.com website yang hanya sesuai untuk remaja sahaja. Tapi bagi sesiapa yang tak termasuk dalam kategori remaja tapi nak buat survey jugak, anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. huhu!

p/s: Aku je kot yang selalu memikirkan masalah jiwa ni..ahha! Jiwang..jiwang.. huhu! (~ferasan)
Berikan pandangan anda. Saya sedia mendengar.

3 comments:

Encik Psychopath said...

xde pandangan. sory.

sheila said...

betul2..apa taknya habis belajar je hutang dah keliling pinggang..apo boleh buat..hehe

paanazman said...

@Akmal: ko ni sampai hati tak pandang2..Aduyai!

@fideila: Betol gak tu..ahha! hutang P-T-P-T-Ann, hutang M-A-r-A.. haha! macam2 hutang la..huhU!